Tangan kanak-kanak tersepit pada mesin penguli tepung


TAIPING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, terpaksa menahan sakit lebih 10 minit apabila tangan kirinya tersepit pada mesin penguli tepung di Markas PAS, Pintu Gerbang, Sungai Petai, Bukit Gantang, di sini, pagi tadi.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 8.10 pagi dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping segera ke lokasi kejadian.


Menurutnya setibanya di lokasi pihaknya mendapati tangan kiri mangsa tersepit pada mesin menguli mesin itu ketika bermain bersama rakan.


" Anggota mengambil masa 12 minit bagi memotong besi penguli tepung itu dan kemudiannya menyerahkan mangsa pada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.


" Operasi tamat pada jam 8.58 pagi," katanya dalam satu kenyataan.



- Berita Harian 

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!