Tampar bayi 8 bulan, pengasuh ditahan



Kuala Lumpur: Polis menahan seorang wanita yang juga pengasuh kepada bayi berusia lapan bulan bagi membantu siasatan susulan dakwaan individu terbabit menampar bayi berkenaan.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu Rabu lalu yang dibuat ibu bayi terbabit.


"Susulan itu polis menahan wanita berusia 48 tahun bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.


"Kejadian itu disedari ibu bayi berkenaan ketika mengambil anaknya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dan mendapati pipi bayi terbabit kemerah-merahan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Kamaruzaman berkata, siasatan mendapati pangasuh bayi berkenaan mengaku tidak sengaja menampar pipi bayi berkenaan ketika berada di dalam buaian kerana mangsa dikatakan sering muntah.


"Polis kini sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap laporan ini dan menunggu laporan penuh perubatan ke atas mangsa. Kes akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk nasihat dan arahan pertuduhan dengan kadar segera.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih dan boleh mengganggu siasatan polis,"katanya.


-HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!