Van polis antara 10 kenderaan kemalangan punca sesak teruk



SEBERANG PERAI – Sebuah kenderaan polis antara kira-kira 10 buah kenderaan yang terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Perai di sini hari ini.


Menurut perkongsian pengguna media sosial, van polis jenis Toyota Hiace dari arah Seberang Jaya ke arah Juru itu antara yang terbabit selain kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dan Honda Stream, kereta jenis Perodua Myvi dan Perodua Axia serta beberapa kenderaan lain.


Bagaimanapun tiada sebarang maklumat berhubung mangsa dalam kejadian tersebut setakat ini.


Difahamkan kenderaan-kenderaan itu telah dilanggar dari arah belakang selepas sebuah bas ekspres di lorong kanan gagal membrek dan merempuh belakang Toyota Vellfire.


Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung insiden itu.


Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kesesakan teruk di lebuh raya itu berlaku sejauh kira-kira 15 km apabila kedua-dua lorong terhalang ekoran kejadian kira-kira pukul 2 petang berkenaan.


Difahamkan kesemua kenderaan yang terlibat berjaya dialihkan kira-kira pukul 5 petang tadi. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!