Tragedi lawan arus, 1 maut 3 cedera



Kota Kinabalu: Seorang wanita maut manakala dua rakannya cedera apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan kereta ketika melawan arus di Jalan Tuaran Bypass berhampiran Taman Puri Warisan, di sini, awal pagi hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa Florenni Dominic, 28, yang memandu kereta Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKK).


Manakala dua penumpang kereta itu dan pemandu kereta Perodua Alza lelaki berusia 30 tahun yang cedera dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk rawatan lanjut.


Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Manggatal selepas selesai menyambut hari lahir rakannya di Suria Inanam.


Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Jo Ak Hang berkata, siasatan awal mendapati ketika Perodua Alza dipandu seorang lelaki berada di lorong kanan dari arah Tuaran menghala ke Penampang.


Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian pemandu Perodua Alza melihat kereta Perodua Kancil dipandu mangsa bersama dua penumpang datang dari arah bertentangan secara melawan arus.


"Dalam keadaan yang terkejut dan cuba mengelak ke kiri jalan namun disebabkan jarak terlalu dekat menyebabkan perlanggaran berlaku.


"Akibat kejadian itu, mangsa yang memandu Perodua Kancil meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Jo berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik HQE I, dan sampel darah mangsa akan diambil ketika bedah siasat dijalankan untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis alkohol.


"Siasatan masih diteruskan dan meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas turut berada di lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!