Tidak pulang selepas menjaring ikan, warga emas ditemukan lemas



Tampin: Seorang lelaki warga emas yang tidak pulang ke rumah selepas keluar menjaring ikan di sungai berhampiran rumahnya, dekat Kampung Tengah, Gemencheh, di sini, ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas malam tadi.


Dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa Ahmad Sudin, 87, dikatakan keluar rumah kira-kira 5 petang, namun tidak pulang menjelang malam.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gemencheh bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat 8.30 malam.


"Pasukan bomba mendapat panggilan mengenai kejadian daripada cucu warga emas itu yang bimbang datuknya tidak pulang sejak keluar dari rumah selepas Asar.


"Kami kemudiannya tiba di lokasi 8.33 malam dan dalam masa kurang dua minit, mangsa ditemukan tersangkut di dahan pokok tumbang tidak jauh dari lokasi mangsa memasang jaring," katanya dalam kenyataan.


Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya cuba memberikan bantuan pernafasan sebaik ditemui, namun lelaki itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik.


"Daripada maklumat yang kami terima daripada cucunya, lelaki berkenaan dipercayai menjaring ikan di kawasan sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya," katanya.


Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya dan dihantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!