Pengurus bank maut tersepit bawah lori



TAMPIN – Seorang pengurus bank di Serdang maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam nahas di kilometer 22.5, Jalan Tampin-Gemas berhadapan Gemencheh Granite, di sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian berkenaan, mangsa, M. Arumugam, 40, beralamat di Cheras, Selangor disahkan meninggal dunia pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Amiruddien Sariman, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu oleh mangsa dengan sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan.


“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Tampin menghala ke Gemas. Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar bahagian hadapan sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan tersebut.


“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta telah meninggal dunia ditempat kejadian. Mayat telah di hantar ke Unit Forensik Hospital Tampin bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!