Mayat bayi dijumpai dalam tong sampah


Kuala Lumpur: Mayat bayi perempuan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di tempat letak kereta bertingkat sebuah flat di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, mayat ditemui pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada jam 5.50 petang.


"Lelaki itu mendakwa semasa mengambil tong sampah di bawah flat, dia ternampak mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dan memaklumkan kepada penyelianya.


"Polis yang menerima laporan ke lokasi dan pemeriksaan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, mayat bayi malang itu dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, untuk bedah siasat.


Katanya, polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.


Menurutnya, setakat ini tiada tangkapan dilakukan.


Justeru beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881 atau hotline Polis KL di talian 03-21460584 atau mana-mana balai polis berhampiran.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!