Inspektor mengamuk direman tiga hari



Georgetown: Inspektor yang ditahan selepas mengamuk, membuat bising dan mencederakan anggota polis dalam kejadian di Lebuh Queen di sini, semalam direman selama tiga hari sehingga esok.


Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek yang berusia 35 tahun itu kini sedang menjalani rawatan di Klinik Pakar Psikiatrik Jalan Perak.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya. Siasatan lanjut juga masih diteruskan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.


Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai tindakan suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk selain kaki kanannya berbalut serta mengeluarkan kata-kata kesat di hadapan sebuah hotel.


Mengulas lanjut Soffian berkata, dalam kejadian itu, pihaknya menerima aduan daripada orang awam kira-kira jam 1.30 pagi.


Katanya, ketika di lokasi, didapati suspek sedang membuat bising dah dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.


"Suspek mengeluarkan kata-kata kesat ketika anggota polis cuba menenangkannya dan enggan memberi kerjasama.


"Anggota polis meminta suspek bagi pergi ke balai berhampiran namun lelaki itu bertindak agresif dan melawan anggota menyebabkan cedera di bahagian siku kedua-dua tangannya.


"Semakan mendapati, suspek yang berpangkat Inspektor itu bertugas di Perak dan sedang menjalani hukuman tahan kerja atas kesalahan tatatertib," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!