‘Hancur’, dah macam besi buruk… Beginilah Keadaan Kereta Selepas 11 Hari Banjir Di Bentong


‘Hancur’, dah macam besi buruk… Beginilah Keadaan Kereta Selepas 11 Hari Banjir Di Bentong


Seperti yang kita tahu, beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada minggu lalu dikejutkan dengan banjir yang teruk berpunca daripada luruan monsun yang membawa taburan hujan yang sangat tinggi.


Air yang naik dengan begitu pantas menyebabkan sebahagian besar mangsa banjir ini tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka termasuk kenderaan. Lebih parah, ada yang tinggai sehelai sepinggang dek kerana rumah mereka dihanyutkan air deras.


Perkongsian sebuah video di akaun TikTok @aimanxkesah92 ini menunjukkan keadaan kereta yang hampir hancur pada hari kesebelas selepas banjir melanda di Kampung Janda Baik, Bentong.


Menerusi video, kereta jenis Proton Inspira yang dikeluarkan dari lumpur dan dahan pokok dengan menggunakan jengkaut itu, dikatakan hanyut dua kilometer semasa banjir berlaku.


Keadaan di dalam kereta bukan sahaja dipenuhi lumpur kering manakala bahagian luarnya remuk teruk. Walaupun berjaya dikeluarkan, namun kereta tersebut boleh dikatakan hampir hancur.


Lelaki di dalam video yang dipercayai pemilik kenderaan, dilihat sempat mengutip plat nombor dan lambang Proton yang telah tercabut dari kereta sekaligus mengundang rasa sayu warganet. Rata-ratanya mendoakan agar pemilik kenderaan untuk tabah menghadapi ujian yang berat ini.



Sumber: TikTok @aimanxkesah92 via siakapkeli

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!