Dua lagi kes buli di Pahang



KUANTAN: Kerajaan Pahang kecewa dengan kejadian buli membabitkan pelajar sekolah di negeri ini yang masih terus berlaku.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kegagalan Kementerian Pendidikan mengatasi masalah itu amat mengecewakan kerana kes buli terus berulang.


"Kerajaan sedih apa yang berlaku di sekolah itu (sebuah sekolah di Muadzam Shah, Rompin) apabila pelajar dipukul oleh pelajar senior dan ia tidak sewajarnya berlaku.


"Kerajaan negeri sedia membantu Kementerian Pelajaran seandainya mereka masih gagal mengatasi masalah seperti ini," katanya di sini hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas kejadian kes buli di sebuah sekolah menengah di Muadzam Shah dan satu lagi kes dilaporkan di sebuah sekolah berasrama di Pahang yang mengakibatkan empat pelajar cedera, selepas dijadikan 'karung tinju' oleh sekumpulan senior.


Kejadian itu didakwa berlaku pada Jumaat minggu lalu apabila kesemua mangsa berusia 14 tahun itu dikurung di dalam bilik sebelum dipukul, ditumbuk, disepak serta dirotan oleh sekumpulan pelajar Tingkatan Empat dan Lima.


Syed Ibrahim berkata, Kementerian Pendidikan sepatutnya mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan kes buli dikekang.


- Berita Harian 

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!