Bas rombongan pengantin, masuk sungai



Jakarta: Sebuah bas yang membawa rombongan pengantin termasuk ke sungai di wilayah Desa Jeketro, Gubung, Grobogan, Jawa Tengah, Indonesia, semalam.


Portal Kompas melaporkan, tiada kemalangan jiwa dalam insiden itu.


Namun, sebahagian penumpang yang cedera terpaksa dikejarkan ke Pusat Kesihatan Masyarakat setempat.


Bas dengan nombor pendaftaran K 1152 F itu membawa 25 penumpang kanak-kanak dan dewasa yang juga penduduk Kecamatan Toroh, Grobogan.


Rombongan itu dikatakan baru saja pulang menghadiri majlis pernikahan di Desa Baturagung, Kecamatan Gubug.


Dalam perjalanan pulang kira-kira 12 tengah hari (waktu tempatan), bas yang dipandu Sumardi terbabas sebelum melanggar pokok, sebuah warung nasi dan akhirnya terhumban ke sungai.


Ia dimaklumkan seorang saksi, Giyanto, 29, yang juga penduduk Desa Jeketro.


Tidak lama kemudian, puluhan warga sekitar dibantu anggota polis membantu menyelamatkan penumpang.


Satu persatu penumpang dapat dikeluarkan dengan cara memecahkan cermin bas dan mereka yang mengalami kecederaan dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat Gubug.


Akibat kejadian itu, trafik menjadi sesak tetapi kembali lancar selepas semua mangsa diselamatkan.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!