Ajal 2 beradik



Kuala Berang: Dua beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka berlanggar dengan lori di Jalan Kampung Pelandan-Cheting berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Cheting, di sini, semalam.


Dalam kejadian 2.45 petang itu, mangsa Muhammad Haiqal Abdullah, 18, dan adiknya, Muhammad Izman Hamidi, 16, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, sebelum kejadian, lelaki berusia 32 tahun dikatakan memberhentikan lori Daihatsu Delta yang membawa muatan sawit di dipandunya di bahu jalan untuk makan tengah hari.


"Selepas selesai makan, pemandu lori terbabit mengundurkan kenderaan, namun mangsa yang datang dari arah Cheting menghala ke Kampung Pelandan melanggar bucu kiri bahagian belakang lori berkenaan.


"Pemandu terbabit yang menyedari kejadian itu kemudian turun semula daripada kenderaan sebelum terkejut melihat mangsa terbaring di atas jalan dalam keadaan tidak bernyawa," katanya menerusi kenyataan, malam tadi.


Mohd Adli berkata, mayat kedua-dua mangsa dari Kampung Cheting, Tersat, di sini, kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk bedah siasat.


Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat parah di kepala.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!