Adi Putra pantas bantu mangsa kemalangan



Kuala Lumpur: Pelakon popular Datuk Adi Putra bertindak pantas dengan membantu mangsa kemalangan jalan raya di Bukit Kelulut, Temerloh, Pahang kira-kira jam 4 petang, hari ini.


Adi yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian segera menghubungi ambulans untuk tindakan lanjut.


"Kemalangan membabitkan kereta dan motosikal. Penunggang motosikal difahamkan dinaiki oleh suami bersama isteri dan anak mereka yang berusia dua tahun.


"Difahamkan kecederaan agak serius dialami oleh kanak-kanak itu. Tangan ibunya terkehel. Ambulans pantas datang sejurus saya menghubungi mereka ," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Adi juga pelakon filem KL Gangster, ketika kejadian dia dalam misi bantuan mangsa banjir di Temerloh bersama Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Sharkar Shamsudin.


"Semua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Semoga ibu dan anak dalam keadaan baik, insya-Allah," katanya.


Terdahulu, keprihatinan Adi itu dikongsi laman Facebook yang menggunakan akaun I Love Pahang.


"Terima kasih Abang Jai. Jasamu dikenang," tulisnya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!