2 pekerja SWM meninggal dunia kenderaan dinaiki dirempuh lori muatan besi



Labis: Dua pekerja SWM Environment Sdn Bhd meninggal dunia selepas kenderaan dinaiki dirempuh lori membawa muatan besi di Kilometer 142, Jalan Johor Bahru-Seremban di sini, jam 8 pagi tadi.


Pemandu lori membawa muatan besi terbabit pula parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Segamat.


Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku apabila lori membawa muatan besi dari arah Labis ke Yong Peng hilang kawalan sebelum merempuh lori SWM.


"Pemandu lori SWM, Mohd Ramli Ibor, berusia 58 tahun serta kelindannya, Muhammad Helmi Karim, 30-an, meninggal dunia di lokasi.


"Pemandu lori membawa muatan besi, Nor Fazly Ramli, berusia 30 tahun pula parah," katanya dihubungi.


Mayat dibawa ke Hospital Segamat untuk proses selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!