About Me

'Tolonglah bantu bayi saya'



Kuala Lumpur: Sejak dilahirkan tiga bulan lalu, bayi ini belum lagi berpeluang menjejakkan kaki di rumah dan membesar di tiga hospital berlainan bagi menjalani rawatan.


Nur Mayesha Mohd Nurfitri terpaksa dilahirkan lebih awal pada 5 Ogos lalu pada usia kandungan memasuki 37 minggu secara pembedahan berikutan keadaan jantungnya yang bermasalah.


Ibunya, Siti Noratikah Nasib, 21, dari Sandakan, Sabah berkata, anaknya menghidap masalah jantung berlubang dan saluran darah sempit yang menyebabkan bayi itu kekurangan oksigen.


"Saya mengetahui anak saya mengalami masalah ini ketika kandungan mencecah 31 minggu lagi apabila bayi saya ini kecil sebelum doktor mengesan penyakit dialaminya itu.


"Ketika itu, perasaan saya bercampur antara sedih dan runsing memikirkan nasib anak saya yang masih kecil ini," katanya.


Katanya, hatinya meruntun setiap kali melihat keadaan anaknya yang membiru dan bernafas laju selepas dilahirkan dalam pembedahan secara kecemasan di Hospital Sandakan.


"Sejak lahir dia menjalani rawatan bermula dari Hospital Sandakan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu sebelum dirujuk ke Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur ini.


"Masalah penyakit yang dialaminya itu menyebabkan dia kerap kebiruan dan pernafasannya laju dan perlu bergantung kepada sejenis ubat untuk membuka saluran darahnya yang sempit itu.


"Doktor memaklumkan dia perlu dibedah segera bagi membetulkan saluran darah itu terlebih dulu jika tidak kekurangan oksigen boleh mengakibatkan dia pengsan serta risiko kematian," katanya.


Menurutnya, dia hanya suri rumah dan bergantung sepenuhnya kepada suami, Mohd Nurfitri Baharen, 25, yang bekerja sebagai penghantar makanan dengan pendapatan tidak menentu.


"Pekerjaan suami tidak tetap kadang ada kadang tiada. Kalau ada pun cuma di bawah RM1,000 sebulan.


"Kami runsing dan buntu tidak tahu bagaimana hendak dapatkan wang sebanyak RM40,000 itu untuk membiayai pembedahannya kerana jujurnya kami kurang berkemampuan.


"Besar harapan saya jika rakyat Malaysia di luar sana sudi menyumbang bagi menyelamatkan nyawa dan membolehkan anak saya membesar normal seperti bayi lain," katanya.


Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Media Prima - NSTP Humanitarian Fund (Maybank 514105323170) atau melalui cek disertai nama pesakit Nur Mayesha Mohd Nurfitri.


Selain itu, sumbangan menerusi cek juga boleh dihantar ke Jabatan Komunikasi Korporat Media Prima, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-24278678 untuk sebarang pengesahan.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!