About Me

Tiga maut, kemalangan dua kereta



Seremban: Tiga lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 10, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, awal pagi hari ini.


Kejadian kira-kira 2 pagi itu membabitkan Perodua Bezza dan Honda Accord.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya mendapat panggilan mengenai kemalangan itu, jam 2.13 pagi.


"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 bergegas ke lokasi serta dibantu anggota dari BBP Senawang.


"Kemalangan membabitkan dua kereta. Tiga lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mangsa diserahkan kepada pihak polis.


"Tiga lagi mangsa lelaki yang parah diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan. Semua mangsa berusia 20-an," katanya ketika dihubungi.


- HMetro 


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!