About Me

Suspek curi burung kakak tua direman



Kangar: Penganggur direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan kes curi burung kakak tua di rumah di Beseri, di sini, semalam.


Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Suazira Mohd Surat di Kompleks Mahkamah Kangar selepas suspek yang berusia 44 tahun itu dibawa ke mahkamah pagi ini.


Suspek diwakili oleh peguam, Natrah Abdul Rashid dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitendan Saifudin Aslin Abbas berkata, dalam kejadian 4 pagi itu, burung kakak tua yang dipelihara oleh seorang lelaki berusia 34 tahun itu dicuri dari kediamannya di Beseri.


"Ketika kejadian, mangsa sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi yang kuat daripada haiwan peliharaannya itu dan mengesyaki sesuatu yang mencurigakan sedang berlaku di rumahnya. Mangsa segera bangun dari tidur lalu membuat pemeriksaan di luar rumah.


"Apabila berada di luar rumah, mangsa mendapati burung kakak tua peliharaannya yang diletakkan dalam sebuah sangkar sudah tiada di mana pintu sangkar itu hanya dikunci dengan menggunakan dawai sahaja.


"Dalam masa sama juga, dia ternampak kelibat seseorang sedang melarikan diri dari kawasan rumahnya itu namun gagal mengecam identiti suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Beseri dan siasatan awal polis kemudian mengesan suspek dan burung kakak tua berkenaan di rumah suspek.


"Suspek ditahan 11.30 pagi di kediamannya di Kampung Dato Kayaman bersama burung kakak tua jenis African Grey Parrot itu.


"Hasil pemeriksaan terhadap nombor penandaan pada kaki burung terbabit juga mendapati ia sama dengan nombor penandaan yang tertulis di dalam lesen milik mangsa yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)," katanya.


Beliau berkata, hasil pemeriksaan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis syabu.


Kerugian dianggarkan bernilai RM3,300 dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun dan denda.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!