About Me

Seorang maut dalam kemalangan dua kenderaan



PENAMPANG – Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Ramayah, dekat sini petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, pemandu Perodua Axia yang dikenali sebagai Zursidin Nordin, 28, meninggal dunia di tempat kejadian.


Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Jamaludin Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.17 petang.


“Ketika bomba tiba di lokasi mendapati kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta Perodua Axia dan pacuan empat roda jenis Isuzu D Max.


“Pemandu Perodua Axia didapati tersepit di tempat duduk pemandu dan mangsa berjaya dibawa keluar dengan menggunakan peralatan khas,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Menurutnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (HQE).


“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.


Jelasnya, tiga individu lain yang berada di dalam pacuan empat roda pula tidak mengalami sebarang kecederaan. 


-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!