About Me

'Rujuklah demi anak-anak' - Aaron Aziz



Kuala Lumpur: "Abang nak korang berjaya. Abang tak nak korang bercerai,".


Demikian kata pelakon, Datuk Aaron Aziz yang meluahkan rasa kecewa apabila namanya menjadi salah satu alasan perceraian yang berlaku seperti dilaporkan akhbar semalam.


Aaron dalam video secara langsung di Facebook meminta supaya pasangan yang bercerai itu dapat merujuk semula demi anak-anak.


"Ada satu akhbar mengeluarkan kenyataan mengatakan yang punca perceraian. Alasannya jatuh kepada tiga perkara iaitu Tupperware, PUBG dan juga saya. Itu adalah satu benda yang saya tak ingin berlaku.


"Harap-harap pasangan itu dapatlah rujuk balik demi anak-anak. Biarlah susah dan senang bersama-sama," katanya.


Dalam video sama, Aaron juga menjelaskan bahawa kerjasama antara suami dan isteri akan mengukuhkan keluarga.


"Macam saya dulu, masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak ada pembantu. Jadi, saya kena buat kerja rumah dan kami sekeluarga buat sama-sama," katanya.


Terdahulu, Aaron turut memuat naik gambar tajuk akhbar itu dan menggunakan beberapa hashtag iaitu #JanganKecamAbang, #AbgTakBersalah, #PerkaraYgAbgTidakInginBerlaku.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!