About Me

Polis kesan saksi kemalangan maut bantu siasatan



PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang ramai untuk tampil bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal di Jalan Lapangan Terbang Subang dari arah Shah Alam menghala ke Subang semalam.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berhubung kejadian kira-kira pukul 9.37 malam.


“Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.49 malam melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda dan sebuah lori jenis Isuzu.


“Siasatan awal mendapati, mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun telah terlanggar bahagian belakang sebuah lori yang bergerak perlahan di lorong paling kiri menyebabkan mangsa terhentak pada bahagian belakang lori tersebut dan terjatuh di atas jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Mohamad Fakhrudin, susulan kejadian, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


“Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd. Hafeez Faesal A. Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan,” jelasnya.


 – K! ONLINE


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!