About Me

Pemuda maut bertembung dengan lori balak di LPT 2



DUNGUN – Seorang pemuda maut selepas kereta jenis Toyota Camry dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori balak di Kilometer 357.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun di sini hari ini.


Dalam kejadian pada pukul 9.40 pagi itu, Chow Soon Khong, 21, yang berasal dari Ampang, Selangor meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan disebabkan kereta Toyota Camry dipandu Soon Khong yang dalam perjalanan menghala ke Kuantan, Pahang dikatakan cuba memotong sebuah lori membawa muatan balak di hadapannya.


“Begitupun, cubaan untuk memotong itu gagal sebaliknya kenderaan tersebut terkena belakang lori balak yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun berkenaan.


“Impak rempuhan tersebut menyebabkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.


Baharudin berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk dibedah siasat.


Tambah beliau, pemandu lori balak tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!