About Me

Pembancuh air ‘coconut shake’ maut dirempuh



MELAKA – Seorang pejalan kaki yang bekerja sebagai pembancuh air ‘coconut shake’ maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang merakamkan gambar kejadian kemalangan di Jalan Tun Hamzah, di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Syarurazi Kaharudin, 23, meninggal dunia di tempat lokasi akibat kecederaan parah di kepala.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sebelum kejadian telah berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dari Ayer Keroh ke Duyong yang hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan.


Katanya, mangsa yang terlihat kemalangan itu telah datang berdekatan lokasi untuk merakamkan gambar kejadian sebelum tiba-tiba sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita merempuh pemuda berkenaan.


“Hasil siasatan awal, wanita yang memandu Myvi tersebut dipercayai tertidur menyebabkan kenderaan dinaikinya bersama seorang anak perempuan berusia lapan tahun terbabas dan melanggar mangsa.


“Akibat rempuhan itu mangsa yang bekerja sebagai pembancuh air ‘coconut shake’ meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 


– K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!