About Me

Pelajar UTHM maut kemalangan di LPT 2



HULU TERENGGANU – Keghairahan sekumpulan 14 pemuda dari Batu Pahat, Johor berkonvoi motosikal untuk bercuti ke negeri ini berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 390.1 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil di sini hari ini.


Dalam kejadian pukul 5.50 pagi itu, mangsa, Mior Farhansyamil Mior Shaharuddin, 23, yang juga pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian dada.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, Mior Farhansyamil yang sedang menunggang motosikal jenis Yamaha YZF-R25 dikatakan cuba memotong sebuah lori membawa muatan kabel elektrik di hadapannya.


“Namun cubaan mangsa untuk memotong gagal sebelum bergesel dengan belakang lori terbabit dan menyebabkan motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas.


“Mangsa kemudiannya telah terjatuh di atas jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada,” katanya di sini hari ini.


Mohd. Adli berkata, mayat Mior Farhansyamil yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!