About Me

Pasal ‘parking’ pun nak bergaduh



PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan dua orang wanita bertengkar gara-gara tempat letak kereta di sebuah perumahan tular di media sosial.


Menerusi rakaman yang dikongsi di Twitter Jabatan Netizen Malaysia itu, pergaduhan tersebut dipercayai berlaku kerana si perakam berang dengan tindakan seorang pemandu kereta yang dikatakan bertindak meletakkan kenderaannya sesuka hati.


Perakam video tersebut mendakwa, tindakan pemandu itu juga menyusahkan orang ramai kerana menghalang lalu lintas.


Kedua-dua mereka dilihat bertikam lidah hingga pemandu menunjukkan isyarat lucah kepada perakam sebelum bertindak keluar daripada kenderaannya dan menyembur perakam dengan cecair pembasmi kuman.


“Cuci you (kamu) punya mulut. Kotor,” kata wanita berkenaan.


Paling mengejutkan, selepas menyembur perakam dengan cecair tersebut, pemandu itu dilihat bertindak menendang perakam berkenaan.


Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, orang ramai mengecam tindakan kedua-dua wanita tersebut dan menganggap perkara itu boleh dibincangkan secara baik.


“Dua-dua dah besar, patut bincang elok-elok tak perlu keluar kata-kata kesat atau berkasar. Memalukan,” kata Shery.


“Perempuan kalau bergaduh boleh tahan juga. Cuba bawak bersabar, nanti menyesal pulak sebab bergaduh,” kata Hafiz.


Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 6,000 kali. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!