About Me

Maut terbabas ke dalam parit



Kuala Selangor: Perjalanan seorang juruteknik Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ke tempat kerja bertukar tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 39 Jalan Klang-Teluk, dekat Pasir Tuntong, di sini, petang semalam.


Dalam kejadian pada 4.30 petang itu, lelaki berusia 25 tahun itu meninggal dunia selepas motosikal Yamaha 135 LC ditunggang terbabas ke dalam parit berlumpur.


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Sungai Kapar Indah ke tempat kerjanya di Air Selangor, Kuala Selangor.


"Bagaimanapun, mangsa dipercayai menunggang dalam keadaan mengantuk dan sebaik sampai di tempat kejadian, dia terbabas ke kiri jalan lalu masuk ke dalam parit berlumpur.


"Berikutan kejadian itu, mangsa yang beralamat di Klang, Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat dan punca kematian didapati kesan kecederaan pada kepala akibat kemalangan.


Menurutnya, tempoh masa mangsa berada di dalam parit itu tidak dapat dipastikan dan mayat dibawa keluar oleh bomba dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, sepasukan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.


Menurutnya, mangsa terjatuh di kedalaman 0.9 meter dan dikeluarkan dari parit sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!