Maut dalam perjalanan ziarah ibu meninggal dunia



Setiu: Hajat seorang anak untuk menziarahi ibunya yang meninggal dunia di kampung halaman di Kelantan tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 74 Jalan Air Sejuk, Setiu, di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, mangsa Nadia Fizatul Hanim Zamani, 23, beralamat Pulai Chondong Kelantan mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang dari Johor ke Machang, Kelantan dengan menaiki kereta Perodua Kancil.


Katanya, apabila sampai ke lokasi kejadian pemandu yang juga suami mangsa Muhamad Nazirul Rameli, 23, hilang kawalan dan terbabas masuk ke bahu jalan kiri.


"Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan tercampak keluar daripada kereta dan mengalami kecederaan parah.


"Anggota perubatan yang sampai untuk bantuan kecemasan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu (suami) dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan.


"Mereka dipercayai dalam perjalanan balik menziarahi jenazah ibu mangsa yang meninggal dunia semalam," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!