About Me

Lelaki maut dalam kemalangan 3 kenderaan



ISKANDAR PUTERI – Seorang pemandu Proton Persona maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di kawasan Nusa Bestari, di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Richard Albus, 40-an.


Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah kenderaan lain dipandu seorang wanita dari arah Nusa Bestari menghala ke Bukit Indah.


“Akibat kejadian tersebut, kenderaan dipandu wanita berkenaan berpusing sebelum dirempuh sebuah kenderaan lain yang berada di laluan sama.


“Ekoran kemalangan tersebut, pemandu lelaki itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Tambah Dzulkhairi, sementara itu pemandu wanita dan adiknya mengalami kecederaan ringan sementara ibu mereka cedera patah kaki.


Kes disiasat mengikut seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!