Lelaki berseluar pendek ditemui mati dalam sungai



SEBERANG PERAI – Seorang lelaki ditemui mati di dalam Sungai Kampung Tebing Sungai, Tasek Gelugor di sini hari ini.


Mayat lelaki berusia 36 tahun itu yang dikatakan hanya berseluar pendek ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 1.30 tengah hari.


Difahamkan motosikal mangsa turut ditemui di kawasan ladang kelapa sawit berdekatan.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, menurut isteri mangsa, lelaki itu dikatakan meninggalkan rumah dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 11.30 pagi.


“Setakat ini pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada mayat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut atau SDR,” katanya kepada pemberita hari ini.


Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas di sini bagi urusan bedah siasat.


- K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!