About Me

Enggan berhenti, polis tembak tayar kenderaan milik pengedar dadah



Tumpat: Seorang buruh dipercayai pengedar dadah cuba melanggar kereta pihak berkuasa dalam cubaan melarikan diri.


Dalam kejadian di Wakaf Bharu kira-kira jam 5.50 petang semalam menyebabkan pihak polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar belakang kenderaan suspek sebelum dia berjaya ditahan.


Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 5.50 petang itu, pegawai bersama anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Unit Ronda Cegah Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat mengekori kenderaan jenis Proton Wira itu dari bandar Tumpat sehingga ke Wakaf Bharu kira-kira sejauh 10 kilometer (km).


"Ketika tiba di tepi jalan berhampiran Pasar Wakaf Bharu, pihak polis cuba memberhentikan kenderaan itu tetapi suspek enggan memberikan kerjasama.


"Lelaki itu sebaliknya mengundurkan kenderaannya untuk melanggar pasukan serbuan menyebabkan satu das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah tayar belakang sebelah kanan kereta berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Muhamad Zaki berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan suspek yang berusia 24 tahun itu menemui 943 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM9,430.


Menurutnya lagi, ujian saringan juga mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai 11 rekod lampau berkait dadah serta jenayah.


"Permohonan reman ke atasnya sedang dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 307 dan 279 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!