About Me

'Dalam sekelip mata saya nampak isteri dirempuh kereta'



Balik Pulau: "Jika saya meninggal dunia, siapalah yang akan bantu buat semua kerja rumah ni." Demikian kata-kata Allahyarhamah Suhaila Zainol Abidin, 45, yang meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kenderaan ketika cuba membantu mangsa kemalangan di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas, semalam.


Dalam kejadian 11.26 malam itu, Allahyarhamah Suhaila bersama adik iparnya, Fatimah Mahmud, 41, cuba membantu penunggang motosikal yang terbabit kemalangan sebelum dirempuh sebuah kenderaan.


Suaminya, Norazmie Abdul Rahim, 43, berkata, Suhaila turut berulang kali berpesan kepada dua anak, Normuhammad Afiq, 15, dan Normuhaini Afiqa Husna, 9, supaya tidak meninggalkan solat.


Menurutnya, Suhaila dikenali oleh penduduk setempat sebagai seorang yang suka membantu dan sering terbabit dengan kerja amal.


Katanya, biarpun dia isteri kedua, namun hubungannya dengan madu sangat akrab, begitu juga dengan dua lagi anak tirinya.


"Ketika itu, arwah berkata dalam nada bergurau, namun tidak sangka kini dia benar-benar meninggalkan kami.


"Jenazah dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Balik Pulau berdekatan dengan rumah kami di Taman Genting, Mas, di sini, selepas proses bedah siasat selesai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Norazmie berkata, Suhaila dan Fatimah baru pulang dari Baling, Kedah, menjenguk bapanya yang mengidap penyakit kanser.


Dia berkata, disebabkan Perodua Kelisa yang dinaiki mereka melebihi kapasiti penumpang, Norazemi menunggang motosikal secara berasingan.


Katanya, ketika sampai di lokasi kejadian, Suhaila memberhentikan kereta yang dipandu kerana mendakwa mempunyai masalah dan pada masa sama, sebuah motosikal dilihat terbabas berhampiran jalan raya.


"Melihat keadaan itu, Suhaila dan Fatimah bergegas membantu penunggang motosikal berkenaan. Tiba-tiba sebuah kereta merempuh mereka bertiga dan ia berlaku sekelip mata," katanya yang bekerja sebagai mekanik.


Dalam kejadian itu, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun terbabas lalu merempuh penunggang motosikal, Faizal Abu Bakar, 33, Suhaila dan Fatimah.


Faizal dan Suhaila maut dalam kemalangan itu manakala pemandu kereta dan Fatimah cedera.


Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!