About Me

Bunuh ah long sebab dendam



KLANG – Angkara dendam dipercayai motif kejadian seorang ah long mati ditetak di hadapan sebuah restoran di Bandar Bukit Tinggi di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, motif kejadian itu diketahui hasil penangkapan enam suspek bagi membantu siasatan terhadap kematian lelaki berusia 47 tahun berkenaan.


Katanya, kesemua suspek lelaki berusia 27 hingga 54 tahun itu diberkas di sekitar daerah ini dan Banting antara pukul 6.30 petang hingga 2 pagi tadi.


“Setakat ini, siasatan awal mendapati mendapati motif kejadian dipercayai dendam namun siasatan lanjut masih dijalankan.


“Keenam-enam suspek kini direman selama sehari selepas perintah berkaitanya dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Klang, Sarina Sulaiman,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas beliau, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki dipercayai ah long mati ditetak dengan parang oleh dua penjenayah selepas menikmati makanan di sebuah kopitiam di Lorong Batu Nilam 27A, Bandar Bukit Tinggi, dekat sini hari ini. 


-K!ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!