About Me

Bayi lelaki dibuang dalam semak



Song: Bayi lelaki masih bertali pusat dan cukup sifat ditemukan di kawasan semak belakang rumah sewa Alban Nyuang, Jalan Mission, di sini, hari ini.


Dalam kejadian 9 pagi itu, tangisan bayi itu didengari seorang wanita yang juga penyewa di situ dari arah belakang rumah sebelum memaklumkan perkara itu kepada abangnya yang berusia 32 tahun.


Ketua Polis Daerah Song, Deputi Superintendan Rowney Jalak berkata, mereka kemudian memeriksa di belakang rumah dan menjumpai seorang bayi diletakkan di atas rumput dan daun kering.


"Bayi masih berdarah di bahagian tali pusat itu dijumpai tanpa sebarang pakaian.


"Abang wanita itu tampil ke balai polis untuk membuat laporan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, bayi itu dijumpai di kawasan semak kira-kira 10 meter di belakang rumah sewa itu.


Menurutnya, bayi itu masih hidup, cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan berdasarkan kesan darah pada bahagian pusat sbeelum dirujuk ke Klinik Kesihatan Song.


"Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kapit dimaklum berhubung penemuan bayi itu dan kami mohon saksi tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Song di talian 084-777222.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!