About Me

Anggota tentera hadiahkan ‘penampar’ upah bunyi ekzos bising



PETALING JAYA – Padah kerana membunyikan ekzos bising di khalayak awam, dua lelaki mendapat ‘hadiah’ istimewa daripada anggota tentera yang kebetulan berada di lokasi kejadian.


Menerusi satu rakaman yang tular di media sosial, kelihatan dua lelaki telah mencetuskan kemarahan pengguna jalan raya apabila sengaja membunyikan ekzos bising ketika berada di satu persimpangan lampu isyarat.


Mungkin leka atau seronok dengan perbuatan tersebut, kedua-dua lelaki itu tidak sedar aksi mereka telah mendapat perhatian dua anggota tentera yang kebetulan berada di lokasi.


Akibatnya, salah seorang penunggang terbabit telah mendapat satu tamparan kuat daripada seorang anggota tentera di bahagian kepala.


Tidak cukup sekali, seorang lagi anggota tentera turut menghadiah ‘buah tangan’ yang sama kepada lelaki terbabit.


Walaupun tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian, namun rata-rata netizen bersetuju dengan ‘hadiah’ istimewa terbabit dan berharap agar kejadian itu menjadi pengajaran kepada orang lain.


“Lain kali kalau nak menunjuk bunyi ekzos kuat atau tidak bukan di kawasan awam, masuk hutan atau cari tempat sunyi macam dalam gua ke, barulah tidak menggangu orang lain,” tulis Epi Pidok.


Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Otak Minang.


“Terbaiklah abang askar, itu baru sedikit, kalau dalam kem mahu jadi ‘lauk’, moga jadi pengajaran kepada penunggang motosikal lain,” tulisnya.


-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!