About Me

Ajal seorang wira


Beijing: Niat seorang anggota bomba di China menyelamatkan wanita yang ingin membunuh diri, menjadi tragedi apabila dia maut dalam insiden yang berlaku 12 November lalu.


Southern Metropolis Daily melaporkan, anggota bomba berkenaan dikenali sebagai Chen Jianju, 24, cuba menyelamatkan wanita berusia 50-an yang mahu terjun dari bumbung sebuah rumah di Mengcheng, berdekatan wilayah Anhui, kira-kira jam 8 pagi.


Apabila pasukan bomba dan polis tiba di tempat kejadian, mereka cuba memujuknya, namun wanita itu bertindak mendiamkan diri kerana mengalami tekanan emosi.


Menurut seorang saksi, kusyen udara dipasang di tingkat bawah, namun ketika wanita itu terus berlari, pasukan penyelamat tidak dapat meneka lokasi sebenar dia akan melompat.


Dalam proses menyelamatkannya, Chen memegangnya dan cuba menariknya ke tempat selamat, tetapi sebaliknya jatuh bersama wanita itu.


Selepas terjatuh, cengkaman tangan Chen pada tangan wanita itu masih tetap erat.


Wanita itu dilaporkan maut di lokasi kejadian manakala Chen pula meninggal dunia pada keesokannya selepas gagal diselamatkan.


Kematian Chen mencetuskan kesedihan di media sosial hingga ramai yang memujinya sebagai wira negara.


Jabatan Bomba Bozhou, tempat Chen bertugas mengadakan peringatan terhadap lelaki itu di Weibo dengan berkongsi keberaniannya sejak mula menyertai pasukan itu pada 2014.


Sehingga kini, Chen sudah menyertai 1,300 misi serta menyelamatkan ratusan orang awam.


Sementara itu, Shanghai Daily melaporkan, kerajaan Kota Huainan Anhui menganugerahkan Chen dengan gelaran kehormat 'Huainan Good Samaritan' pada 14 November lalu kerana keberaniannya itu.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!