About Me

2 maut, 3 parah



Kinabatangan: Dua wanita maut manakala tiga lelaki parah dalam kemalangan di Jalan Sandakan ke Lahad Datu, berdekatan Kampung Segaliud, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa yang maut dilaporkan berusia 14 dan 40 tahun.


Manakala tiga leklaki yang parah berusia 15 hingga 33 tahun termasuk pemandu.


Difahamkan sebelum kejadian Perodua Alza dinaiki lima sekeluarga berkenaan menghala ke Kinabatangan sebelum dilaporkan terbabas sendiri.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.02 pagi lalu bergegas ke lokasi kejadian dengan enam anggota bomba menggunakan sebuah jentera.


Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati terdapat Perodua Alza dipercayai terbabas sendiri ke kiri jalan raya.


"Akibat kejadian, terdapat seorang wanita dewasa dan seorang remaja perempuan meninggal dunia di lokasi kejadian.


"Manakala, dua remaja lelaki dan seorang pemandu lelaki dewasa dilaporkan mengalami kecederaan parah lalu dikejarkan ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut," Katanya ketika dihubungi, hari ini.


Katanya, jenazah mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 9.22 pagi.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!