About Me

Warga emas maut jatuh dari tingkat lapan



Kuala Lumpur: Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah bangunan di Jalan Masjid India, di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 4.28 petang.


"Mangsa ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang tiba di lokasi.


"Siasatan awal dilakukan mendapati mangsa berusia 63 tahun itu dipercayai terjun kerana terdapat kerusi di tingkat lapan bangunan berkenaan.


"Pemeriksaan dilakukan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang kecederaan yang berunsur jenayah," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, mayat dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL untuk proses bedah siasat bagi siasatan lanjut.


"Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!