About Me

Wanita parah ditikam suami guna senjata tajam



Kuching: Wanita parah akibat ditikam suaminya menggunakan senjata tajam di belakang gereja St Mark Batu Kawa, di sini, malam semalam.


Dalam kejadian pada 7.30 malam, mangsa berusia 35 tahun mengalami beberapa kesan tikaman di belakang badan, luka di kepala dan leher.


Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa sebelum itu meminta izin daripada ibunya untuk keluar dari rumah di Taman Desa Wira, di sini, bagi bertemu suspek berusia 35 tahun di lokasi kejadian.


Menurutnya, mangsa dan suaminya difahamkan dalam proses perceraian dan mereka tidak tinggal bersama.


"Tidak lama kemudian ibu mangsa menerima panggilan daripada orang awam mengatakan anak perempuannya mengalami kecederaan teruk akibat ditikam menggunakan objek tajam.


"Mangsa yang ditemui oleh orang awam berlumuran darah di lokasi kejadian lalu dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini..


Menurutnya, berikutan itu polis mengesan suspek dikenali sebagai Aloysius Sinlair Aden beralamat di Kampung Apar Singai, Bau untuk membantu siasatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.


Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian 082-862233.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!