About Me

Wanita cedera dihempap dahan pokok ru



Kuala Terengganu: Pengunjung wanita cedera selepas dihempap dahan pokok ru ketika berehat di kawasan Pantai Batu Buruk di sini, hari ini.


Kejadian dipercayai berlaku pada 3.15 petang ketika Roslina Mohamed berusia lingkungan 50-an sedang duduk di sebuah bangku bersama anaknya, Muhammad Shahrul Azlan Hassan, 25,dan cucu lelaki berusia tiga tahun di kawasan itu.

Muhammad Shahrul Azlan berkata, dia bersama ibu dan anaknya sedang berehat di kawasan pantai berkenaan sementara menunggu isterinya yang berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).


Katanya, isterinya dimasukkan ke hospital untuk bersalin anak ketiga mereka semalam, manakala mereka berehat di situ sementara menunggu isteri yang dibenarkan pulang hari ini.


"Ketika kejadian, ibu sedang berbual di telefon sebelum tiba-tiba dahan patah dan menghempap bahagian belakang badannya.


"Kejadian berlaku begitu pantas menyebabkan ibu tidak sempat mengelak dan saya yang terkejut dengan kejadian itu segera memeluk ibu.


"Pengunjung yang lain turut membantu menghubungi ambulans dan ketika itu, ibu masih sedar sebelum segera dibawa ke hospital," katanya ketika ditemui di pekarangan HSNZ di sini, hari ini.


Ketika ini, mangsa masih menerima rawatan di HSNZ.


- HMetro 


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!