About Me

Tukang gunting rambut maut, kereta terputus dua



Kuala Selangor: Tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dipandu terputus dua dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Kilometer 28 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Mohamad Zulkhairin Syazwan Abdullah, 22, dari Mersing, Johor, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa yang memandu dari Bestari Jaya ke Sungai Buloh dipercayai bergesel dengan sebuah lagi Proton Wira di laluan sama.


"Akibat pergeseran itu, kereta mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan konkrit dan melambung memasuki laluan bertentangan.


"Proton Wira mangsa kemudian dilanggar Volkswagen Golf menyebabkan kenderaan itu terputus dua dan berpusing 50 meter dari tempat kejadian," katanya menerusi kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, mayat dihantar Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.


Bagaimanapun katanya, empat individu yang berada dalam dua kereta lain selamat dan tidak cedera.


"Mereka terdiri daripada seorang pemandu lelaki dan wanita yang masing-masing bersama seorang penumpang," katanya.


Ramli berkata, semakan pihaknya mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.


"Keadaan permukaan jalan di tempat kejadian basah.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!