About Me

Tragedi amuk di rumah mentua



Kuching: Anggota tentera yang mengamuk sebelum menembak dirinya di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah di Jalan Matang, di sini, tengah hari tadi, dikatakan pulang ke rumah mentuanya dengan lengkap berseragam.


Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, suspek yang bertugas di kem tentera di Tondong, Bau membawa senjata api dipercayai Colt M4 Carbine.


Menurut sumber, setibanya di tempat kejadian, dia tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan secara rambang sebelum dia menembak kepalanya sendiri.


"Tembakan itu turut terkena bahu kiri ibu mentuanya yang berusia lingkungan 50-an," katanya.


Menurutnya, wanita itu kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.


Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail mengesahkan kejadian itu.


Beliau berkata, suspek berusia 20-an itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.


"Ya...kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi dan siasatan kini sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.


Sehingga jam 5.40 petang, polis belum mengeluarkan kenyataan susulan berhubung kejadian itu.


- HMetro 


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!