About Me

Tindakan tegas kepada individu tolak vaksin wajar



Kuala Lumpur: Tindakan kerajaan yang lebih tegas terhadap individu menolak vaksin dilihat satu langkah wajar dalam usaha membendung penularan Covid-19 di negara ini.


Bekas pesakit Covid-19, Nordayana Mohamed Noor, 37, berkata, dia menyokong tindakan kerajaan itu demi kesejahteraan rakyat di negara ini.


"Apa yang kerajaan buat itu bagi saya bagus bagi memastikan kita semua selamat.


"Ini kerana Covid-19 ini memang sudah ada dalam komuniti kita, jadi wajarlah kerajaan bertegas dalam isu ini supaya negara kita mencapai imuniti kelompok dan dapat menjalani hidup macam biasa," katanya kepada Harian Metro.


Katanya, pengalaman dijangkiti Covid-19 awal Januari lalu tidak akan dilupakan seumur hidup membuatkannya menjadi kumpulan terawal mengambil vaksin, Februari lalu.


"Kami sekeluarga dijangkiti Covid-19, yang saya difahamkan ia berpunca melalui sentuhan di tempat yang ada virus itu ketika saya keluar berurusan.


"Walaupun saya tidak mengalami gejala berat seperti kebanyakan pesakit Covid-19 lain, namun kehilangan deria rasa dan bau selama lebih lima bulan cukup menyeksakan saya.


"Oleh itu, sebaik kerajaan mengumumkan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), saya antara kumpulan pertama yang mendaftar dan mengambil vaksin," katanya.


Menurutnya, masyarakat perlu memandang perkara ini dari sudut positif dengan mendengar saranan pakar dan bukan bergantung kepada sumber yang tidak sahih.


"Ikutlah saranan kerajaan dan pakar, walaupun vaksin bukanlah ubat namun ia dapat mengurangkan kadar jangkitan yang lebih serius jika terkena kepada diri kita.


"Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dengan mengambil vaksin dan jangan pentingkan diri kerana kita hidup bermasyarakat.


"Bagi saya mereka yang menolak vaksin ini golongan yang rugi kerana semua kemudahan di negara ini termasuk merentas negeri kini semuanya memerlukan dua dos lengkap vaksin," katanya.


Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, kerajaan tidak akan memberi muka dengan mengesyorkan undang-undang sektoral kepada golongan yang sengaja menolak vaksin apabila banyak kemudahan kini hanya membenarkan individu yang sudah dua dos lengkap vaksin.


Beliau dipetik berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga berkemungkinan mewajibkan golongan itu menjalankan ujian calitan Covid-19 secara mingguan dengan perbelanjaan ditanggung sendiri kerana tidak mengambil vaksin adalah pilihan mereka.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!