Pontian: Tiga lelaki warga asing ditemukan lemas apabila bot dinaiki karam di Pantai Rambah, di sini, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.30 petang.
Katanya, kesemua mangsa dipercayai warga asing yang berusia lingkungan 30-an ditemui di pantai berkenaan.
"Bot dipercayai karam pada awal pagi disebabkan ribut di kawasan pantai berkenaan," katanya.
Katanya, mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat jam 7.15 malam.
- HMetro