About Me

Tak sampai 6 jam, suspek rompak kedai emas di Alor Setar ditahan



ALOR SETAR: Seorang lelaki ditahan tidak sampai enam jam selepas merompak sebuah kedai emas di Kompleks Sri Putra, di sini pada Isnin.


Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sebelum itu polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11 pagi dari seorang lelaki yang dipercayai pemilik kedai emas mendakwa kedai emasnya dimasuki perompak.


Beliau berkata, hasil siasatan pihaknya berjaya menahan lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu kira-kira enam jam selepas menerima laporan dari mangsa.


"Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Raja, di sini kira-kira jam 6.45 petang Isnin.


"Hasil tangkapan itu juga membawa kepada rampasan barang kes iaitu 16 utas rantai tangan dan kaki berwarna perak dan kuning keemasan, 52 cincin pelbagai bentuk dan warna, 65 utas rantai leher warna perak dan hitam, 15 rantai bangle, satu bekas plastik mengandungi 25 set batu cincin, seutas gelang tangan jade dan sebuah beg bewarna biru gelap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Kamarul Zaman berkata, hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai 17 rekod kesalahan lampau di atas pelbagai kesalahan jenayah dan dadah.


Suspek telah direman selama tujuh bermula hari ini sehingga 25 Oktober untuk membantu siasatan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya boleh dikenakan denda dan sebat jika sabit kesalahan.


- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!