About Me

Seorang mati dalam pergaduhan rakan serumah



SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang mempunyai 15 rekod jenayah mati dipercayai akibat ditetak rakan serumahnya dalam kejadian di Jalan Pak Abu, Kampung Telaga Air, Butterworth di sini malam tadi.


Kejadian itu berlaku apabila mangsa yang berusia 30 tahun dikatakan bergaduh dengan rakannya kira-kira pukul 7.30 malam dipercayai berpunca kerana kehilangan telefon bimbit salah seorang daripada mereka.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian tersebut disedari adik lelaki tiri suspek yang tinggal bersebelahan selepas terdengar pertengkaran mulut di rumah yang disewa mangsa dan suspek bersama beberapa lagi rakan.


“Saksi itu mendakwa dia tidak melihat pertengkaran tersebut sehinggalah nampak si mati dibawa ke pondok di hadapan rumah oleh dua rakan serumahnya sebelum menghubungi ambulans berikutan si mati cedera parah.


“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya dan disahkan meninggal dunia pukul 9.17 malam ketika menerima rawatan dengan kecederaan parah pada betis dan jari dipercayai kerana ditetak,” katanya kepada pemberita hari ini.


Menurut Noorzainy lagi, susulan kejadian itu, polis menahan lelaki berusia 34 tahun di kawasan Mak Mandin di Butterworth kira-kira pukul 9 pagi tadi bagi membantu siasatan.


“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu mengaku berlaku pertengkaran mulut dan pergelutan di antaranya dengan mangsa.


“Hasil ujian saringan awal darah turut mendapati mangsa positif dadah serta memiliki 15 rekod jenayah dan dadah, manakala suspek mempunyai 22 rekod jenayah,” katanya lagi.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!