About Me

'Saya hanya mampu berdoa kepada Allah'



Jerantut: "Ketika saya sedang berehat di ruang tetamu bersama anak, tiba tiba terdengar bunyi angin yang kuat dan selepas itu diikuti hujan yang sangatlebat.


"Tidak lama kemudian terdengar atap rumah saya macam terangkat dan semua atap rumah saya diterbangkan angin," kata Basimah Kesah, 70, dari Felda Sungai Retang.


"Dalam keadaan basah kuyup saya hanya mampu berdoa kepada Allah, agar ribut itu berhenti dengan cepat," katanya.


Beliau berkata, ribut selama setengah jam itu berlaku 3.40 petang semalam, ketika beliau bersama anaknya sedang berehat di rumah sebelum angin kuat membadai dan menerbangkan hampir keseluruhan atap rumah mereka.


Katanya, rumah jirannya pula hanya tercabut beberapa keping atap.


Angin kencang selama kira-kira 30 minit turut merosakkan enam rumah lain di Kampung Chebong dan dua daripadanya ditimpa pokok.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin yang melawat mangsa kejadian turut menyampaikan sumbangan awal bagi membantu meringankan beban untuk mangsa membaikpulih rumah masing-masing.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!