About Me

Pukul hingga mati sebab tak puas hati pasal upah



Kota Bharu: Perselisihan faham mengenai bayaran upah membaiki tandas dipercayai menjadi punca seorang buruh binaan warga Kemboja dipukul hingga mati oleh rakan senegaranya.


Mangsa, Sovann Arozak, 40, cedera di kepala akibat dipukul dengan objek tumpul dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada 11 pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, suspek berusia 29 tahun berjaya ditahan di Kampung Bukit Marak pada 11.20 pagi hari ini.


"Kejadian berlaku pada 10.45 malam kelmarin di rumah mangsa di Kampung Penambang dan mangsa yang cedera dibawa dengan ambulans ke HRPZ II.


"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham antara mangsa dan suspek mengenai bayaran upah bagi pembaikan tandas sebelum berlakunya pergaduhan itu.


"Perselisihan faham berlaku disebabkan upah tandas yang dibina mangsa, menyebabkan suspek tidak berpuas hati sebelum bertindak memukul lelaki itu," katanya.


Katanya, saringan ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!