About Me

Proton Saga jatuh bersama tembok penahan runtuh



GEORGE TOWN – Sebahagian tembok penahan di Lengkok Halia, Tanjung Bungah di sini runtuh sehingga menyebabkan sebuah kereta yang diparkir terjunam hari ini.


Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pukul 9.30 pagi tersebut.


Menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial, sebuah kereta jenis Proton Saga kelihatan terjunam ke dalam runtuhan itu.


Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.


“Semalam pihak MBPP mendapati terdapat rekahan pada tembok penahan itu dan kita sudah arahkan pemilik kereta agar tidak meletakkan kenderaan di situ.


“Ketika kejadian terdapat enam buah kereta diparkir, lima kereta dialihkan manakala sebuah lagi kereta tidak sempat dialihkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Tung Seang berkata, kawasan itu merupakan tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihaknya telah meminta mereka membaiki runtuhan tersebut.


“Ketika ini kita menunggu laporan lengkap berhubung kejadian itu daripada JPS dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengetahui punca sebenar insiden tanah runtuh berkenaan.


“Pihak JKR bersama JPS sedang menyediakan laporan berhubung perkara tersebut dan jalan itu akan ditutup sehingga kerja-kerja pembaikian (selesai) dijalankan,” katanya 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!