About Me

Potret mistik pengantin



Kemaman: "Idea untuk melakukan konsep itu datang secara spontan dan saja dilakukan bagi mencari kelainan," kata jurugambar bebas sepenuh masa, Wan Muhammad Zakwan Wan Dzulkifli.


Wan Muhammad Zakwan, 26 memberi reaksi itu bagi menceritakan kisah di sebalik gambar pra perkahwinan satu pasangan yang tular di laman sosial.


Gambar itu menunjukkan sepasang pengantin lelaki dan wanita dibaluti kain putih yang ada kesan darah dengan ekspresi serta solekan wajah menyeramkan.


Wan Muhammad Zakwan yang menetap di Taman Alam Perdana, di sini berkata, dia tidak sangka gambar itu akan tular semula baru-baru ini kerana ia adalah koleksi hasil sesi fotografi diadakan pada Januari 2019.


"Ia adalah gambar lama dan pernah tular sebelum ini hingga mendapat perhatian media Indonesia.


"Entah kenapa, gambar itu tular semula hingga mengundang pelbagai reaksi oleh netizen.


"Apa pun, saya terima saja semua komen dengan hati terbuka termasuk yang negatif kerana mereka tidak tahu kisah sebenar," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Bercerita lanjut, Wan Muhammad Zakwan berkata, idea konsep fotografi itu tercetus selepas menonton sebuah filem mumia ketika minum di sebuah kedai makan.


"Selepas pulang ke rumah, saya terfikir untuk ketengahkan konsep seram dalam fotografi pra perkahwinan.


"Kebetulan, saya bergerak dalam satu pasukan diberi nama Cyrstal Picture jadi saya cuba cadangkan idea itu kepada rakan sepasukan terdiri daripada jurusolek dan pereka.


"Mereka bersetuju dan kami kemudian cari bakal pengantin untuk dijadikan model. Ikutkan kami pelawa tiga pasangan tetapi hanya satu bersetuju untuk mengambil gambar pra perkahwinan dengan konsep itu," katanya.


Wan Muhammad Zakwan berkata, sesi fotografi diadakan di belakang sebuah tokong di Kampung Cina, Terengganu.


"Sesi fotografi itu dijalankan sekitar jam 12 tengah malam hingga 2.30 pagi.


"Kami bekerja dalam satu pasukan jadi semuanya berjalan lancar malah model juga memberi kerjasama baik.


"Secara peribadi, saya tidak berdepan perkara misteri sepanjang sesi fotografi tetapi ada rakan sepasukan diganggu ketika dalam perjalanan pulang namun kami anggap itu semua sebagai satu pengalaman dalam berkarya," katanya yang merancang mempelbagaikan lagi konsep dalam sesi fotografi diadakan kelak.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!