About Me

Polis meninggal dunia ketika imamkan solat



Kuala Lumpur: Anggota polis yang mengimamkan solat Subuh di surau di Batang Kali, Hulu Selangor, pagi tadi meninggal dunia.


Rosli Maskan, 56, yang juga Timbalan Ketua Balai Polis Goh Tong Jaya meninggal dunia pada 6.15 pagi, di Surau Al-Muttaqim, Tamu Hill Park, Batang Kali selepas dilaporkan mengalami masalah jantung.


Difahamkan, ketika kejadian arwah sedang mengimamkan solat subuh sebelum rebah secara tiba-tiba.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, Allahyarham berpangkat Sarjan Major rebah pada rakaat pertama solat Subuh.


"Allahyarham Sarjan Major Rosli Maskan, 56, bertugas di balai polis berkenaan sejak dua tahun lalu dan sentiasa komited dalam melaksanakan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Balai Polis.


"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, khususnya Balai Polis Goh Tong Jaya, amat merasai kehilangannya dan akan berusaha memberikan bantuan kepada warisnya selepas ini," katanya ketika dihubungi hari ini.


Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu, untuk ujian saringan Covid-19.


Allahyarham Rosli yang meninggalkan seorang balu Rossilawati Abd Rahim dan empat anak akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kuantan, Batang Kali.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!