About Me

Penunggang motosikal maut tercampak



SEPANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergeser dengan motosikal lain sebelum tercampak dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) Kilometer (KM) 39.6 arah utara di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian pukul 4.20 petang itu melibatkan mangsa berusia 38 tahun menunggung motosikal jenis Yamaha RXZ bergeser dengan satu lagi motosikal jenis Yamaha RXZ ditunggang seorang lelaki berusia 24 tahun.


“Hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua motosikal tersebut dari arah Melaka hendak pulang ke Klang, Selangor dan sebaik tiba di lokasi kejadian, berlaku pergeseran di antara motosikal tersebut.


“Akibat kemalangan itu, mangsa telah tercampak di atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata, susulan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat manakala, seorang lagi penunggang mengalami kecederaan dan dirawat di hospital.


Tambahnya, kejadian tersebut menyebabkan kedua-dua motosikal itu terbakar selain keadaan jalan lurus, rata, kering serta cuaca dalam keadaan baik ketika itu.


“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!